Tuesday, 29 December 2020

Kenapa Nak Jadi Perunding Hartanah?


Kebanyakan tindakan yang kita ambil ada sebab atau dalam BI ada reason

Setiap hari kita membuat keputusan untuk mengambil tindakan berkaitan hal-hal kehidupan. Biasanya hal-hal kecil. Contoh: Nak makan apa hari ni? Nak masak atau makan di luar? Kalau di luar, nak makan di mana? Budget berapa? Nak pergi dengan siapa? Dan sebagainya lagi. Setiap decision yang kita buat ada sebabnya. 

Tapi sekali-sekala kita perlu buat keputusan besar. Keputusan yang akan mengubah masa depan kita. 

Dan apabila berlaku keputusan itu, kita dikatakan membuat BIG DECISION. Contohnya keputusan untuk membeli rumah. Itu keputusan besar. 

Apabila keputusan yang perlu dibuat itu besar, sebabnya juga perlu besar. Contohnya saya telah membuat keputusan besar untuk menjadi perunding hartanah sepertimana saya kongsikan dalam posts sebelum ini. But WHY? 

Ringkasnya, ada banyak sebab. 

Tapi, lebih penting lagi, apakah BIG WHY saya untuk menjadi perunding hartanah? 

Jom saya kongsikan....

Tapi saya takkan kongsikan terus ya..

Saya akan mulakan dengan sebuah cerita....

===============
DIARI: 28 Dis 2020
===============

Petang itu saya ke kedai buku Popular di Aeon Wangsa Maju. Saya tak plan pun. Asalnya saya menemani isteri untuk ambil baju beliau di salah satu kedai pakaian di situ. 

Sewaktu nak ambil kereta di car park, kami lalu depan Popular. Terus saya teringat nak beli buku rujukan UPSR Sasbadi untuk students kelas online saya. Saya buat sedikit income (10% diskaun ahli Popular) dengan menjual buku yang saya beli di kedai buku dan pos semula kepada students saya. Jadilah. Walaupun hanya untung 90 sen, siapa nak bagi, kan? 

Oh ya, saya seorang guru Bahasa Inggeris ya bagi mereka yang belum tahu. Sebab itu nama saya Cikgu Amir HT. HT bermaksud Home Tuition kerana saya bermula sebagai guru tuisyen di rumah sendiri atau rumah pelajar. Kini saya menjalankan kelas saya secara online 100%. 

OK saya sambung cerita. 

Selesai scan My Sejahtera dan suhu, saya terus mencari rak buku BI UPSR. Susah nak jumpa sebab itu kali pertama saya masuk bookshop di situ. 

Tiba-tiba mata saya terpandang sebuah rak buku-buku yang ada tawaran diskaun 20%.....

Ada banyak buku di situ tapi mata saya melekat pada sebuah buku ni....

Tajuknya sangat menarik....


"Gaji RM2500 Boleh Beli 6 Rumah"

Wow! Menarik ni. Getus hati saya. Lagipun saya dah mula masuk bidang property. Kenalah mula beli buku-buku property pula, fikir saya. 

Tanpa berfikir panjang, saya terus ambil, masukkan dalam bakul, cari buku2 UPSR yang saya nak beli, bayar dan balik rumah. 

Habis cerita.

=====================

Aik? 

Takkan itu sahaja? Bosan giler cerita. 

Hahahaha....itu baru intro Tuan Puan. 

Ceritanya bersambung di bawah ni...

=====================

Balik rumah saya buat kerja saya.

Macam2 kerja.

Lagipun saya nak bersedia untuk Kelas Online malam tu pula....

Basically, saya LUPA tentang buku......sehinggalah jam 12 tengah malam....

===============
DIARI: 29 Dis 2020
===============
Sebaik sahaja jarum jam menginjak tengah malam, saya teringat tentang buku itu. 

Saya ambil buku tersebut.

Jari saya teruk menyelak buku tersebut ke satu page tertentu.

Itu adalah sesuatu yang sangat jarang saya lakukan.

Biasanya saya akan tengok cover depan dan belakang, baca table of contents, baca kata pengantar dan apa sahaja di bahagian depan buku sebelum mula membaca secara serius. Bersistematik.

Tapi malam itu berbeza. 

Entah macam mana jari saya terus menyelak muka surat ini...


Ringkasan: Bab ini tentang Membeli Rumah Dengan Gaji Yang Kecil

Penulis bermula dengan penulis menceritakan IMPIAN beliau dengan suami UNTUK MEMBELI RUMAH IDAMAN.

Saya TERSENTAK dan TERSENTAP. 

Terus terang, saya tiada IMPIAN itu.

Huhuhu.....

Itulah kesilapan pertama saya.

Sejak mula bekerja, impian saya nak kerja bagus, nak gaji besar, nak ada kereta, nak ada motor, nak beli itu ini (keperluan dan kehendak kehidupan) tapi TAK PERNAH nak beli rumah impian.

Akibatnya saya tak lakukan tindakan-tindakan yang perlu untuk dapat rumah impian.

Saya tak pernah merancang untuk beli rumah. 

It’s so simple...

Saya tak niat, saya tak buat, saya tak dapat!

Huhuhu

Dan along the way, saya melakukan pelbagai kesilapan dalam hidup yang menyebabkan hidup semakin sukar dan sampai satu stage melarat!

Sehinggalah Allah tunjukkan jalan saya menjadi guru tuisyen dan akhirnya kembali stabil dalam kehidupan saya seperti sekarang ni

Tapi...saya nak bagitau...

Isteri saya mempunyai IMPIAN yang sangat besar untuk membeli rumah sendiri. 

Dah bertahun-tahun dia bagitau saya....

Tapi saya sering mematikan impian isteri saya dengan kata-kata seperti “kita tak mampu beli”

Selalunya isteri saya setuju.

Dia simpan dalam hati.

Saya tahu dia kecewa.

Tapi saya lebih kecewa sebab saya rasa GAGAL sebagai suami.

GAGAL sebagai bapa.

Yes saya berjaya sediakan rumah untuk anak-anak dan isteri saya berteduh.

Tapi rumah ini rumah sewa.

Rumah orang lain.

Bukan rumah saya!

Jadi inilah THE BIG WHY saya untuk beli RUMAH SENDIRI dalam masa terdekat ini.

Saya akan pastikan IMPIAN ini tercapai!

Dan BIG WHY itulah yang menjadi BIG WHY saya untuk menjadi Perunding Hartanah Berjaya.

Itulah ceritanya.

Semoga bermanfaat untuk anda. 


Ikhlas,

Cikgu Amir Hartanah


No comments:

Post a Comment

Panduan Untuk Self Employed Membeli Rumah

Adakah anda seseorang yang bekerja sendiri atau memiliki perniagaan tunggal ? Jika YA, bermakna anda tiada bos. Anda sendiri yang bayar gaji...