Thursday, 31 December 2020

Panduan Untuk Self Employed Membeli Rumah


Adakah anda seseorang yang bekerja sendiri atau memiliki perniagaan tunggal?

Jika YA, bermakna anda tiada bos.

Anda sendiri yang bayar gaji anda sendiri.

Contoh: Guru tuisyen, peniaga pasar malam, ejen dropship, penjual online dan lain-lain lagi. 

Jika anda seorang yang self-employed dan anda telah berjaya membeli rumah dengan mendapatkan pinjaman bank, anda adalah seorang yang hebat! Saya ingin berkenalan dengan anda untuk bertanya apakah rahsia anda. 

Dalam lain perkataan saya ingin tahu bagaimana anda berjaya membeli rumah dengan kredibiliti dan kelayakan anda sebagai seorang yang self-employed. 


SELF-EMPLOYED YANG BELUM BELI RUMAH
========================================
Jika anda self-employed dan belum beli rumah tapi anda teringin nak beli rumah, panduan ini untuk anda!

Saya akan kongsikan step by step apa yang saya buat untuk melayakkan diri saya membeli rumah. 

WARNING: Saya seorang yang sudah agak berumur. Tahun 2021 ni umur saya dah 47 tahun. Jadi peluang saya untuk mendapatkan pinjaman bank semakin tertutup. 

Tapi nothing is impossible kalau kita put our mind and heart and hands to it. 

MIND kena ligat berfikir. 

HEART kena yakin boleh. 

HANDS kena kuat berusaha. 

So, apa nak buat? 

Jom saya kongsikan!


STEP 1: NIAT
==========
Dalam post sebelum ini saya ada kongsikan mengapa saya tiada rumah. Punca utama adalah kerana saya tidak pernah berniat untuk beli rumah. 

Jadi, belajarlah daripada kesilapan saya itu. 

Segeralah pasang niat anda. 

"Aku nak beli rumah tahun ni jugak" 

Bagus niat tu. 

Tapi....ada banyak tapi. Nanti saya akan kongsikan. 

But that's good enough for now. 



STEP 2: RANCANG
================
Setiap orang ada perancangan. 

Orang yang bakal berjaya ada perancangan. Orang yang bakal gagal juga ada perancangan iaitu rancangan untuk gagal dengan tidak merancang! 

Sesiapa yang mengatakan dia tidak merancang sebenarnya berada dalam penafian. In denial omputeh kata. 

Nak mintak loan perniagaan, bank nak tengok Business Plan kita. 

Nak berkahwin, kena rancang bila, di mana, siapa dan macam-macam lagi. 

Nak mengajar tuisyen, kena rancang subjek, tahap, di mana, siapa dan macam-macam lagi. 

Perancangan boleh dilakukan dalam minda sahaja tapi kebanyakan orang yang telah berjaya akan beritahu bahawa perancangan terbaik adalah perancangan yang BERTULIS

Tapi nak rancang apa?

Sabar, step by step ya. 

Pertama sekali, nak rancang bagaimana? Apakah framework/kerangka yang boleh kita gunakan agar kita tidak tersesat jalan? 

Saya cadangkan agar kita gunakan Kerangka 3 Bulatan Kejayaan MST seperti dalam gambar di atas. 


STEP 3 : STRATEGI
=================
Nama lain untuk strategi ialah rancangan terperinci. 

Maksudnya step ini adalah lanjutan daripada perancangan. 

Strategi Kewangan yang saya cadangkan adalah seperti berikut: 


Saya gunakan akronim A.R.A.B untuk memudahkan kita ingat strategi kita dan tidak tertinggal step semasa pelaksanaan. 


ACTIONS SPEAK LOUDER THAN WORDS
===================================

Merancang itu bagus tapi mengambil masa terlalu lama untuk merancang pun tidak bagus juga. Huhuhu. 

Ramai orang hebat merancang tapi pelaksanaan tiada. Akibatnya tak jadi apa. 

Ramai orang nampak macam tak rancang apa-apa. Ada niat dan terus buat. Berjaya pulak! Kenapa ya? Adakah membuat perancangan itu tak elok?

Bagi saya tidak. Bagi saya orang jenis kedua tu mereka merancang dalam kepala sahaja. Bezanya mereka ada niat sahaja, terus buat dan rancangan semuanya dibuat as they go along. Rancangan itu ada tapi terlalu pantas pergerakannya dan tidak ketara. Seolah-olah tiada perancangan tapi sebenarnya ada. Percayalah!

Berbalik kepada majoriti orang yang slow, macam saya. 

Orang macam saya perlu nampak apa yang saya nak buat. Saya jenis visual. Nampak dulu plan atas kertas, baru boleh execute. Saya perlukan panduan. Plan saya itulah panduannya. Macam orang nak bina rumah. Orang zaman dulu tak perlu plan pun. Bina jer. Tapi zaman sekarang, tiada plan, tak lulus beb! Majlis pun nak tengok plan kita. 

Berbalik kepada execution. Dalam bahasa MST, tindakan terletak dalam bulatan merah iaitu SKILLSET. Lebih banyak SKILLS yang kita ada, lebih pantas kita akan bertindak. 

Contoh: Nak menganalisis penyata kewangan. Perlukan skills yang tertentu. Bukan boleh senang-senang nak analisis. Oh ya, analisis bermaksud menggunakan data yang ada untuk menerangkan dan menghuraikan masalah bagi menyelesaikan masalah. Kalau nak buat penyata kewangan pun kita tiada skil, bagaimana nak menganalisis, kan? 

Jadi, pertama sekali, kita perlu dapatkan skills yang perlu. 




Bersambung........


Beritahu Seluruh Dunia Azam Tahun Baharu Kita!

 


Semoga Tahun Baharu ini membuka lebih banyak peluang untuk kita mencipta kejayaan seperti membeli rumah sendiri dan membuka lebih banyak ruang untuk memperbaiki diri menjadi hambaNya yang bermanfaat kepada agama, keluarga, bangsa, dan negara. 

Aamiinnn.

=============
Diari: 31 Dis 2020
=============

Esok bakal bertambah lagi setahun umur ini. Dah 47 tahun ikut tahun. Huhuhu. 

Masa semakin suntuk untuk saya 'berjaya' seperti apa yang saya impikan. 

Saya faham di mata ramai orang saya dahpun berjaya. Saya mengaku. Saya dah berjaya menempa banyak kejayaan demi kejayaan berdasarkan kayu ukur kejayaan yang saya sendiri tetapkan sejak saya jatuh tersungkur pada tahun 2013!

Sememangnya saya telah berjaya dalam perniagaan tutoring. 

Saya bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan olehNya. 


KAYU UKUR BAHARU
==================
Yes saya dah berjaya. 

Tapi saya dahagakan kejayaan lain. Kejayaan lebih besar. 

Terus-terang, saya dah capai tahap maksima dalam bidang tutoring, setakat yang saya tahu. Setakat bekerja sendirian, tanpa team

Habis kenapa tak buat team? Anda mungkin bertanya. 

Jawapannya saya tak tahu dan saya tak mahu. 

Lagipun kini fikiran saya dah tertumpu kepada bidang hartanah. 

Dan selepas menghadiri NCC, selepas mendengar kisah-kisah kejayaan yang diceritakan oleh penceramah NCC, tentang pengalaman mereka berjumpa dengan pelbagai jenis orang yang masuk industri ini untuk menyelesaikan pelbagai jenis masalah BESAR dalam hidup mereka dan mereka BERJAYA SELESAIKAN.....

Semua kisah itu sangat memotivasikan saya

Kalau mereka boleh, saya pun boleh!


SAYA MASIH SEORANG GURU TUISYEN
==================================
Saya masih seorang guru tuisyen tapi saya nak terjun ke dalam bidang hartanah. 

Tak salah dan tak berdosa, kan? 

Mengajar ialah PASSION saya. 

Mengajar dengan tekun dan berusaha sedaya upaya supaya pelajar saya BERJAYA ialah MATLAMAT saya. 

Saya berusaha keras setiap hari, minggu dan bulan selama bertahun-tahun demi mencapai matlamat tersebut. 

Saya tak suka pelajar saya GAGAL. 

Jika mereka gagal, saya gagal. 

Jadi saya PERSEVERE untuk mereka berjaya. 


PASSION + PERSEVERANCE in the long term = GRIT 

dan GRIT ialah faktor utama kejayaan ramai orang yang hebat di dunia ini. 

Saya yakin saya hebat. 

Saya mahu jadi lebih hebat.

Saya bertindak seperti orang hebat

Saya hebat dalam bidang tutoring. 

Saya pasti hebat dalam bidang hartanah. 

Saya ada rahsia kejayaan dalam bidang tutoring yang saya yakin boleh digunakan juga dalam bidang hartanah. 

In shaa Allah. 

Aamiinnn


AZAM TAHUN BAHARU
====================
Saya tidak membuat azam pada awal tahun baharu sahaja. 

Saya telah lama mengamalkan tabiat berazam pada bila-bila masa. 

Tapi sekiranya ditanya apakah azam tahun baharu 2021 saya, saya akan jawab SAYA NAK BELI RUMAH SENDIRI...

Dan saya nak bantu seramai mungkin orang seperti saya yang SELF-EMPLOYED atau pemilik small businesses untuk MEMBELI RUMAH SENDIRI. 

Ini kerana saya sendiri belum membeli rumah. 

Saya telah gagal dalam bab itu. 

Adakah telah terlambat buat saya? 

Maybe yes jika saya terus kekal sebagai guru tuisyen tanpa team. 

Maybe no jika saya mula buat team dan cuba business model lain.  

Tapi saya tak mahu begitu. 

Saya mahu berusaha cara hartanah. 

Tak rugi mencuba. 

Bukan setakat mencuba tetapi berusaha sekuat mungkin. 

One thing yang saya PAKAR adalah berusaha sekuat mungkin! 

Dan semangat itulah yang saya nak kongsikan dengan mereka yang seusia dan senasib. 

Tapi saya juga nak bantu anak-anak muda yang juga self-employed supaya jangan jadi macam saya. 

Saya akan bantu mereka untuk jangan ulangi kesilapan-kesilapan saya. 

Oh ya, ini bukan azam yang saya baru buat malam tadi (31 Dis 2020). 

Saya dah mulakan beberapa hari lepas. 

Dan saya dah mulakan pun!


DECLARE TO THE WORLD
=======================
Salah satu cara untuk memastikan kita akan buat apa yang kita baru TERFIKIR nak buat adalah dengan memberitahu orang lain. 

Lebih ramai orang yang kita beritahu rancangan kita, lebih TERPAKSA kita untuk laksanakannya. 

Dan itulah yang saya buat. 


Saya sarankan anda yang sedang membaca ini agar memberitahu 'seluruh dunia' sekeliling anda juga tentang apa azam baharu anda dan juga azam-azam lain selepas ini. 

DIARI: 28 Dis 2020
===============
Saya umumkan niat saya seperti di atas then terus saya buat group WhatsApp. Post itu sahaja mendapat banyak komen dan response daripada rakan-rakan FB saya. 

Saya terus memberi mereka link untuk masuk group WhatsApp tersebut. Saya simpan skrip untuk diberi kepada mereka yang berminat. Saya simpan dalam Google Keep. 

Berikut adalah skrip tersebut. 

Anda teringin NAK BELI RUMAH?
Tapi anda self-employed (bekerja sendiri)?
=================================
Jom join group ni --> http://tiny.cc/WAGseJomBR

Saya pun self-employed. Saya pun pun belum beli rumah sendiri. Tapi saya dah join industri hartanah. Saya tekad untuk beli rumah dalam masa 2 tahun. In shaa Allah.

Jom sama2 berusaha!

Personally, saya akan bantu anda sebaik mungkin, sebagaimana saya bantu diri saya sendiri


GROUP WHATSAPP
================
Hari ini, 1hb Jan 2021, dah ada 21 ahli group tersebut. 

Dan hari ini bermulalah tugas saya untuk membantu mereka. 

Apa dan bagaimana saya akan bantu mereka?

Mudah sahaja. 

Saya akan bantu diri saya untuk boleh membeli rumah dalam masa terdekat. 

Sambil saya urus diri dan pastikan saya boleh membeli rumah, saya akan kongsikan dengan ahli group or vice-versa

Contohnya saya beritahu mereka mereka perlu PASANG NIAT untuk membeli rumah, saya sendiri kena pasang niat untuk beli rumah. 

Contoh lain, kalau saya asingkan duit perniagaan dengan duit peribadi, saya akan beritahu mereka untuk asingkan duit perniagaan dengan duit peribadi. 

Dan apa yang saya buat untuk bantu mereka akan direkodkan dalam blog ini In shaa Allah. 

NO SECRETS!

Tapi kadang-kala saya pun tak boleh nak tulis semuanya, kan? 

Jadi jika anda yang sedang membaca ini juga seorang self employed dan ingin mencuba untuk dibantu, TANPA SEBARANG YURAN, kliklah link di atas. 

Itu sahaja coretan hari ini. 

Jumpa lagi!


Ikhlas,

Cikgu Amir Hartanah


Tuesday, 29 December 2020

Kenapa Nak Jadi Perunding Hartanah?


Kebanyakan tindakan yang kita ambil ada sebab atau dalam BI ada reason

Setiap hari kita membuat keputusan untuk mengambil tindakan berkaitan hal-hal kehidupan. Biasanya hal-hal kecil. Contoh: Nak makan apa hari ni? Nak masak atau makan di luar? Kalau di luar, nak makan di mana? Budget berapa? Nak pergi dengan siapa? Dan sebagainya lagi. Setiap decision yang kita buat ada sebabnya. 

Tapi sekali-sekala kita perlu buat keputusan besar. Keputusan yang akan mengubah masa depan kita. 

Dan apabila berlaku keputusan itu, kita dikatakan membuat BIG DECISION. Contohnya keputusan untuk membeli rumah. Itu keputusan besar. 

Apabila keputusan yang perlu dibuat itu besar, sebabnya juga perlu besar. Contohnya saya telah membuat keputusan besar untuk menjadi perunding hartanah sepertimana saya kongsikan dalam posts sebelum ini. But WHY? 

Ringkasnya, ada banyak sebab. 

Tapi, lebih penting lagi, apakah BIG WHY saya untuk menjadi perunding hartanah? 

Jom saya kongsikan....

Tapi saya takkan kongsikan terus ya..

Saya akan mulakan dengan sebuah cerita....

===============
DIARI: 28 Dis 2020
===============

Petang itu saya ke kedai buku Popular di Aeon Wangsa Maju. Saya tak plan pun. Asalnya saya menemani isteri untuk ambil baju beliau di salah satu kedai pakaian di situ. 

Sewaktu nak ambil kereta di car park, kami lalu depan Popular. Terus saya teringat nak beli buku rujukan UPSR Sasbadi untuk students kelas online saya. Saya buat sedikit income (10% diskaun ahli Popular) dengan menjual buku yang saya beli di kedai buku dan pos semula kepada students saya. Jadilah. Walaupun hanya untung 90 sen, siapa nak bagi, kan? 

Oh ya, saya seorang guru Bahasa Inggeris ya bagi mereka yang belum tahu. Sebab itu nama saya Cikgu Amir HT. HT bermaksud Home Tuition kerana saya bermula sebagai guru tuisyen di rumah sendiri atau rumah pelajar. Kini saya menjalankan kelas saya secara online 100%. 

OK saya sambung cerita. 

Selesai scan My Sejahtera dan suhu, saya terus mencari rak buku BI UPSR. Susah nak jumpa sebab itu kali pertama saya masuk bookshop di situ. 

Tiba-tiba mata saya terpandang sebuah rak buku-buku yang ada tawaran diskaun 20%.....

Ada banyak buku di situ tapi mata saya melekat pada sebuah buku ni....

Tajuknya sangat menarik....


"Gaji RM2500 Boleh Beli 6 Rumah"

Wow! Menarik ni. Getus hati saya. Lagipun saya dah mula masuk bidang property. Kenalah mula beli buku-buku property pula, fikir saya. 

Tanpa berfikir panjang, saya terus ambil, masukkan dalam bakul, cari buku2 UPSR yang saya nak beli, bayar dan balik rumah. 

Habis cerita.

=====================

Aik? 

Takkan itu sahaja? Bosan giler cerita. 

Hahahaha....itu baru intro Tuan Puan. 

Ceritanya bersambung di bawah ni...

=====================

Balik rumah saya buat kerja saya.

Macam2 kerja.

Lagipun saya nak bersedia untuk Kelas Online malam tu pula....

Basically, saya LUPA tentang buku......sehinggalah jam 12 tengah malam....

===============
DIARI: 29 Dis 2020
===============
Sebaik sahaja jarum jam menginjak tengah malam, saya teringat tentang buku itu. 

Saya ambil buku tersebut.

Jari saya teruk menyelak buku tersebut ke satu page tertentu.

Itu adalah sesuatu yang sangat jarang saya lakukan.

Biasanya saya akan tengok cover depan dan belakang, baca table of contents, baca kata pengantar dan apa sahaja di bahagian depan buku sebelum mula membaca secara serius. Bersistematik.

Tapi malam itu berbeza. 

Entah macam mana jari saya terus menyelak muka surat ini...


Ringkasan: Bab ini tentang Membeli Rumah Dengan Gaji Yang Kecil

Penulis bermula dengan penulis menceritakan IMPIAN beliau dengan suami UNTUK MEMBELI RUMAH IDAMAN.

Saya TERSENTAK dan TERSENTAP. 

Terus terang, saya tiada IMPIAN itu.

Huhuhu.....

Itulah kesilapan pertama saya.

Sejak mula bekerja, impian saya nak kerja bagus, nak gaji besar, nak ada kereta, nak ada motor, nak beli itu ini (keperluan dan kehendak kehidupan) tapi TAK PERNAH nak beli rumah impian.

Akibatnya saya tak lakukan tindakan-tindakan yang perlu untuk dapat rumah impian.

Saya tak pernah merancang untuk beli rumah. 

It’s so simple...

Saya tak niat, saya tak buat, saya tak dapat!

Huhuhu

Dan along the way, saya melakukan pelbagai kesilapan dalam hidup yang menyebabkan hidup semakin sukar dan sampai satu stage melarat!

Sehinggalah Allah tunjukkan jalan saya menjadi guru tuisyen dan akhirnya kembali stabil dalam kehidupan saya seperti sekarang ni

Tapi...saya nak bagitau...

Isteri saya mempunyai IMPIAN yang sangat besar untuk membeli rumah sendiri. 

Dah bertahun-tahun dia bagitau saya....

Tapi saya sering mematikan impian isteri saya dengan kata-kata seperti “kita tak mampu beli”

Selalunya isteri saya setuju.

Dia simpan dalam hati.

Saya tahu dia kecewa.

Tapi saya lebih kecewa sebab saya rasa GAGAL sebagai suami.

GAGAL sebagai bapa.

Yes saya berjaya sediakan rumah untuk anak-anak dan isteri saya berteduh.

Tapi rumah ini rumah sewa.

Rumah orang lain.

Bukan rumah saya!

Jadi inilah THE BIG WHY saya untuk beli RUMAH SENDIRI dalam masa terdekat ini.

Saya akan pastikan IMPIAN ini tercapai!

Dan BIG WHY itulah yang menjadi BIG WHY saya untuk menjadi Perunding Hartanah Berjaya.

Itulah ceritanya.

Semoga bermanfaat untuk anda. 


Ikhlas,

Cikgu Amir Hartanah


Saturday, 26 December 2020

Kos Untuk Menjadi Perunding Hartanah

 


DIARI: 27 Dis 2020
===============
Saya ada kongsikan dalam post pertama tentang kos pertama untuk menjadi REN iaitu perlu membayar Yuran Pendaftaran dengan agensi pilihan kita. Kos standard antara RM500 ke RM1000. Kos yang saya bayar ialah RM250. Alhamdulillah. Rezeki. 


=======================
KOS TERKUMPUL: RM 250
=======================

Sebaik sahaja mendaftar dengan agensi, ejen sudah boleh mengikuti semua training yang diberikan oleh agensi. Banyak ilmu yang boleh diperolehi. Dah nak mula buat 'sales' pun boleh tapi dari segi undang-undang adalah tidak sah. Ejen perlu mendapatkan 'certification' dengan menghadiri NCC. Lagipun pembeli sekarang ni ramai yang educated dan akan bertanya tentang REN TAG kita untuk memastikan mereka dilindungi oleh undang-undang. Seorang perunding hartanah yang berdaftar adalah tertakluk kepada undang-undang atau Akta Hartanah dan tidak akan suka-suka menganiaya pelangganya melainkan dia bersedia untuk dikenakan tindakan undang-undang. 

Pendeknya, REN is a professional job. REN bukan sekadar jadi salesman!

Then saya membuat keputusan untuk mendaftar NCC tahun 2020 ini juga dan cuba mendaftar awal tapi ada 'error' dalam website. Jadi saya tangguhkan dan terus terlupa, sehinggalah 23hb Dis 2020, di mana saya terbaca mesej dalam gambar di atas dalam Telegram Group iRealty. 

Apa lagi, saya pun terus bayar. 

=======================
KOS TERKUMPUL: RM 850
=======================

Pendapatan belum masuk, tapi perbelanjaan dah keluar. Takpelah. Saya pun faham 'We Need Money To Make More Money'. So, saya TUTUP MATA dan JALAN TERUS!

Kemudian penganjur menghantar email kepada saya di mana di dalamnya ada link untuk masuk ke dalam group Whatsapp. 

1) WhatsApp Group Peserta NCC
=========================
Dalam group itu diberikan jadual kursus seperti di bawah ini: 

JADUAL NCC SIRI DECEMBER

[26 DECEMBER 2020 / SABTU (DAY 1)]
8.30 am – 9.00 am         : Pendaftaran
9.00 am – 10.30 am       : Overview of the Property Market
10.30 am – 11.00 am     : Rehat
11.00 am – 12.30 pm     : Law Relating to Estate Agency Transaction
12.30 pm – 2.00 pm       : Rehat
2.00 pm – 3.30 pm         : Malaysian Estate Agency Standard
3.30 pm – 4.00 pm         : Rehat
4.00 pm – 5.30 pm         : Real Estate Forms, Title, Tenancies & SPA

[27 DECEMBER 2020 / AHAD (DAY 2)]
9.00 am –  10.30 am      : IT in a Real Estate and Online Marketing
10.30 am – 11.00 am     : Rehat
11.00 am – 12.30 pm    : Diploma Course and Registration Process
12.30 pm – 2.00 pm      : Rehat
2.00 pm – 3.30 pm        : Laws Relating To Property
3.30 pm – 4.00 pm        : Rehat
4.00 pm – 5.30 pm        : Real Estate Practice- Profesion or Business

"Nampak heavy", fikir saya. Tapi takpe. Saya memang suka belajar. Hihihi....tak sabar pun ada sebenarnya. 

2) Hari Pertama
============
Jam 5:00 pagi saya dah terjaga. Excited sungguh! Hihihi...

Keluar jam 8:00 pagi, beli breakfast RM 2.50 dan isi minyak RM 40. Minyak tahan pergi balik ke Bangi dari Selayang dalam 50%. Jadi actual cost dalam RM 20. Then kos tol dalam RM 5 x 2 pergi balik = RM 10. That's all kos lain-lain. Kos makan tak termasuk. Jadi perlu dikeluarkan.  

=======================
KOS TERKUMPUL: RM 880
=======================

Sampai di NCC. Nice venue. I like!


Scan My Sejahtera dulu...SOP SOP...



Then selfie sikit and update kat FB terus untuk 'branding diri'



Then ada kursus seperti dalam jadual....BELAJAR, BELAJAR, BELAJAR....memang puashati! Apa yang dipelajari, biarlah RAHSIA....hehehe

Jika anda ingin tahu, daftarlah NCC. 

Jom! Ramai-ramai mendaftar. The more the merrier! Kalau anda nak join saya pun cantik jugak. Kita buat sama-sama. Fikir-fikirkanlah ya. 

Saya kongsikanlah satu gambar di mana Tuan Zulgo sedang buat presentation tentang Branding Diri di Social Media. Saya suka kelas ini. Saya dah buat sebahagian daripada aktiviti yang beliau ajar. Tapi masih ada banyak lagi yang belum saya buat. In shaa Allah akan dibuat!



Akhirnya pada jam 6:30 petang, 27 Dis 2020, kursus telah tamat dan saya mengambil kesempatan untuk bergambar dengan salah seorang guru dan idola saya sepanjang dua hari ini iaitu Tuan Erman Taib. Semoga saya dapat menyerap aura kejayaan Tuan Erman.    

(psst: Abaikan perut yang kedepan tu ya...huhuhu)


Maka dengan itu tamatlah NCC dan catatan diari hari ini. 

Saya datang dengan harapan dan saya pulang dengan kejayaan menimba ilmu sebanyak mungkin. 

WHAT'S NEXT? 

Next adalah membuat GOALS baharu, TARGET baharu, DEFINISI KEJAYAAN yang baharu dan BERUSAHA untuk mencapai kejayaan tersebut. 

NYBD. 

N-ak
Y-akin
B-uat
D-apat

Aamiin. 

Oh ya, tajuk post hari ini iaitu KOS UNTUK MENJADI SEORANG REN tidak berakhir di sini ya. Kos ini akan sentiasa bertambah. Seiring dengan itu saya akan terus UPDATE post ini buat selama-lamanya. 

Jadi jika akan berminat untuk tahu KOS SEBENAR saya menjadi seorang REN, jangan lupa follow blog saya dan lihat post ini from time to time. 

Itu sahaja. 

Semoga bermanfaat. 


Ikhlas,

Cikgu Amir Hartanah

=================================

UPDATE:
=======

28 Dis 2020: Beli Buku Gaji RM2500 Beli 6 Rumah = RM28 ==> Kos Terkumpul = RM 908
31 Dis 2020: Beli Buku
Diari Hartanah 2 Strategi Pelaburan = RM28 ==> Kos Terkumpul = RM 936





Maka Bermulalah Perjalanan Hidup Seorang Perunding Hartanah....


....dan kisah perjalanan hidup ini diceritakan dalam bentuk Diari dalam blog ini dengan harapan agar coretan kisah hidup ini akan dapat memberi semangat berterusan kepada diri sendiri untuk BERJAYA dalam bidang ini..

Jom mulakan!



26 Dis 2020 : NCC

==============
Secara rasminya saya, Cikgu Amir, memulakan kerjaya dalam bidang hartanah ini pada hari ini. Ini kerana pada tarikh ini saya menghadiri kursus NCC (Negotiator Certification Course) selama 2 hari yang bakal melayakkan saya untuk memakai gelaran seorang REN (Real Estate Negotiator).

NCC adalah kursus wajib yang bakal memberikan saya REN TAG iaitu 'lesen awal' untuk menjalankan perniagaan sebagai perunding hartanah berdaftar (mulai sekarang saya akan sebut sebagai REN). 

Terlalu banyak yang saya pelajari semasa NCC. No wonder ini adalah kursus wajib untuk seorang REN kerana kandungan kursus ini sangat, sangat, sangat berharga!

Seterusnya, saya nak backdate sikit diari ini...



24 Dis 2020: WEBINAR - REN'S INCOME TAX

=====================================


Perjalanan hidup saya sebagai seorang REN sebenarnya bukannya bermula dengan NCC tetapi sebelum ini telahpun bermula dengan webinar iReal Academy di mana dua hari sebelum NCC, Principal iRealty iaitu Tuan Erman Taib telah sudi mengadakan webinar Zoom tentang bagaimana seorang REN perlu menguruskan pelaporan cukai pendapatannya. Saya dapati topik tersebut sangat menarik dan saya sertainya walaupun tidak wajib bagi saya. 

Dan itu satu tindakan yang bijak kerana saya dapat banyak tips berguna daripada Tuan Erman yang bagi saya sangat berilmu dan berkarisma. Saya menulis seberapa banyak nota yang boleh sepanjang sesi webinar dan bertekad untuk menggunakan semua ilmu dengan baik. 



17-18 Dis & 21-22 Dis 2020: NEW REN TRAINING

=======================================
Sebelum itu pula ada kursus dalaman di agensi saya. 



Seminggu sebelum NCC, agensi saya (IQI iRealty) telah mengadakan kursus New REN Training selama 4 hari secara online dari pagi sehingga ke petang. Ini adalah kursus wajib hadir jika saya ingin mendapatkan Agent's Starter Kit seperti business card dan lain-lain. 

Kebetulan saya tiada kelas online sepanjang 4 hari tersebut dan saya dapat fokus untuk belajar sebanyak mungkin. Sememangnya sangat banyak ilmu berharga yang telah saya pelajari semasa kursus tersebut. Saya boleh katakan bahawa kepala saya berasap sebaik sahaja tamat kursus 4 hari tersebut! 


15 NOV 2020: WHATSAP DARI RAKAN LAMA
======================================
Sewaktu saya sedang berkebun, tiba-tiba rakan lama saya, Tuan Bill Rohaizan menghantar mesej di WhatsApp. Beliau mengajak untuk mendaftar sebagai seorang ejen hartanah. Beliau kata now tengah ada offer. Hanya RM250 untuk mendaftar. Bayaran biasa mahal 2x ganda. 

Saya bersetuju.  

Tapi kenapa saya terus bersetuju? Mengapa saya tak kata 'nantilah aku fikir dulu'? 

Ceritanya ada di bawah ini....

Semuanya bermula dengan sebuah Zoom webinar yang saya anjurkan sebulan sebelum Bill Rohaizan mesej saya di WhatsApp.....



12 OKT 2020: WEBINAR - RAHSIA TUTOR BELI RUMAH
===============================================


 Tujuan webinar Zoom tersebut adalah sebagai perkongsian ilmu oleh salah seorang tutor dalam Tuition Teachers Society (TTS) yang telah berjaya membeli rumah pada tahun 2020 dengan hanya menggunakan kelayakan seorang tutor. Itu adalah satu pencapaian luarbiasa yang bagi saya perlu dikongsikan dengan rakan-rakan tutors lain yang rata-ratanya menghadapi kesukaran untuk mendapatkan personal loan pun, apatah lagi untuk dapat housing loan. 

Dalam webinar itu juga ada perkongsian daripada rakan saya, seorang ejen hartanah yang baharu sahaja memulakan perniagaan ini beberapa tahun yang lepas tapi kini telah berjaya mengumpulkan aset hampir RM1 Juta dan hampir setiap minggu beliau berjaya close sale. Selain kejayaan beliau tersebut, saya amat tersentuh dengan kata-kata semangat dan motivasi yang beliau berikan tentang sejarah hidup beliau semasa kecil yang susah (sama dengan sejarah saya), kemudian menceburkan diri dalam bidang tuisyen (sama dengan saya juga) dan bagaimana beliau boleh berjaya (saya harap sama dengan saya juga nanti). 

Maka pada hari itu saya telah mula memasang niat untuk mencuba bidang ini. 

Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, saya terus menerima jemputan sahabat saya Bill Rohaizan untuk menjadi seorang REN. 

Sekian pembuka cerita dari saya..... 

......dan SELAMAT DATANG KE BLOG saya......Diari Seorang Perunding Hartanah


    Ikhlas,
    
Cikgu Amir Hartanah

p/s:
1) Saya harap anda dapat apa yang anda NAK sewaktu anda klik link kepada blog saya ini.
2) Saya mohon sekiranya anda rasa blog ini bermanfaat, klik butang follow dan kongsikanlah dengan rakan2 anda ya.
3) Sekiranya anda ada apa-apa komen, silakanlah....saya cuba membalas setiap komen...In shaa Allah. 



Panduan Untuk Self Employed Membeli Rumah

Adakah anda seseorang yang bekerja sendiri atau memiliki perniagaan tunggal ? Jika YA, bermakna anda tiada bos. Anda sendiri yang bayar gaji...